Pengenalan

Baitul Rahman

Moto Kami

"Kebajikan Penyelesai Masalah Kemiskinan dan Kesusahan"

Matlamat

Melahirkan masyarakat yang berkasih sayang, aman harmoni dan mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri. Di mana akan terjalinnya hubungan rapat di antara golongan yang kaya dengan yang miskin.Iaitu dengan menjadikan kebajikan dan perubatan sebagai agenda utama masyarakat. Dengan harapan manusia dapat berbuat lebih banyak kebajikan di tengah-tengah masyarakat.Untuk mencapai tahap hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat.

Fungsi

1.Mengumpul sebanyak mungkin sumbangan dan amal jariah serta derma dari       
    semua pihak.

2.Melaburkan bahagian-bahagian tertentu daripada wang dan harta terkumpul
    tahunan bagi memperkembangkan lagi harta tersebut.

3.Mengadakan aktiviti bagi meningkatkan lagi syiar Islam serta amal jariah di 
    bidang sosial,kebudayaan,kebajikan dan perubatan Islam,khususnya dengan 
    menggunakan bahagian-bahagian tertentu daripada sumbangan terkumpul.

4.Menghantar surat kepada syarikat-syarikat swasta,kerajaan dan orang 
    perseorangan untuk menawarkan saham besar dan peluang untuk bersama 
    berganding bahu di dalam merealisasikan matlamat yang mulia ini iaitu 
    menyelesaikan masalah kebajikan dan kesusahan bukan saja di dunia malah di 
    akhirat.

5. Menyalurkan bantuan kepada golongan yang perlukan bantuan dan 
     pembelaan,bukan sahaja bantuan lahiriah,bahkan bantuan berbentuk 
     sokongan dan dorongan,semangat,nasihat dan sebagainya.



Besarlah harapan kami agar tuan-tuan/puan-puan, saudara-saudari sekalian turut serta berganding bahu dan berkongsi saham akhirat ini dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan secara langsung ataupun tidak,bagi melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang hatinya sentiasa dengan Tuhannya.

Dari Abu Hurairah R.A berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW,lalu berkata"Ya Rasulullah,sedekah yang manakah paling Agung?"...Rasulullah bersabda, "Engkau bersedekah ketika engkau dalam keadaan sihat lagi sangat memerlukannya.Engkau khuatir fakir dan sangat ingin menjadi kaya. Jangan engkau tunda sehingga roh sampai di kerongkong baru engkau hendak bersedekah.Berikan kepada si polan sekian dan untuk si polan sekian ingatlah memang pemberian itu hak si polan sekalian"